Terima kasih kerana singgah ke blog saya.
Saya Kristy Pisong a.k.a Qisty Jack..sbb Qisty sebab kawan-kawan suka panggil Qist aje kat ofis..kat rumah keluarga saya panggil Ty je..So, jadi la, Qisty..hehehe..Jack tu nama panggilan papa saya. Saya ibu kepada 3E iaitu Emmanuel, Eva dan Eunice dan isteri kepada Elvis. Sebab tu la nama blog ni mama3eQist..hihihihi..
Saya bekerja sebagai kerani cabuk je kat ofis..hehehe..Kerja di bahagian pentadbiran. Boleh bertanya kepada saya berkenaan dengan pentadbiran. Kalau saya boleh bantu, saya akan bantu korang. Kita sama-sama belajar. Saya pun masih belajar juga walaupun sudah 10 tahun dok kat pentadbiran.
Dalam masa yang sama bagi mengisi masa yang terluang, saya adalah pengedar shaklee yang berdaftar. No ID saya 866986. Saya dok kat Putrajaya berasal dari Mukah, Sarawak. Orang Melanau.Orang Borneo pun boleh berurusan dengan saya berkenaan dengan Shaklee. Semua di hujung jari kan.
Terima kasih kerana sudi membaca tentang saya.
