LUANGKAN MASA BERSAMA

Disember 04, 2017

Hai..weekend korang buat ape? Saya memang tak lepaskan peluang bersama anak-anak saya. 5 hari bekerja berturut-turut memang masa untuk bersama anak-anak memang ciput je. Kekadang sampai rumah anak-anak dah tidur. Anak-anak pun penat apetah lagi kita yang bekerja ni.

Selagi ada masa terluang memang saya akan gunakan sepenuhnya bersama mereka. Walaupun kekadang sibuk dengan dunia sendiri. Tetapi tetap ada rasa bersalah jugak kepada anak-anak. Saya dan suami saya akan ajak mereka bermain. Main congkak untuk tajamkan pengiraan mereka..main sahiba untuk belajar perkataan..karom pun ada, dam ular dan sebagainya. Kami sediakan untuk isi masa lapang mereka sambil tu boleh belajar. Walapun kesudahannya ada yang akan menangis..hehehe..biasa lah tu budak-budak.

Jumaat yang lepas cuti kan..cuti Maulidur Rasul kami berjalan kat The Mines. window shopping...hahaha..dalam window shopping tu ada jugak terbeli..kuikuikui..Luangkan masa bersama anak-anak ni tak kiralah dimana-mana pun janji buat aktiviti bersama-sama. Petang  kami bawa ke Kelab Tasik Putrajaya..bukan nak makan tapi nak turun kat depan kelab tasik tu haa..ada tasik..bagi ikan makan..salah satu aktiviti yang anak-anak suka nak buat. Janji anak-anak happy. Selain tu, main skutter bersama-sama..


Kat kelab tasik putrajaya tu ada disediakan basikal untuk disewa tetapi 1 ketul basikal je yang boleh guna daripada 3 yang ada disitu..2 lagi tu rosak la pulak.Kuciwa rasanya..Nak guna basikal tu, install je apps OBike pas tu dah boleh scan QR kat basikal tu untuk buka kuncinya. Senang je..saya dengan suami macam jakun je hari tu..hahaha..punyalah excited. adoiyaii.. tapi 1 je lah saya nak komen.. pengguna basikal tu kena lah jaga elok-elok basikal tu. Parking basikal tu, parking lah di tempat yang sesuai. Jangan lah parking di tempat laluan pejalan kaki, selekoh jalan, dan ada lah saya nampak 2,3 tempat yang tak sesuai yang saya nampak basikal tu parking. Malaysia kan..semua boleh..haha.. #jangankecamsis

Banyak lagi aktiviti yang boleh kita luangkan masa bersama keluarga. errmm..macam skema pulak dah saya ni..hahaha

Akhir kata... luangkan masa bersama selagi kita mampu meluangkan masa bersama keluarga kita.

Qisty Jack 

Anda juga mungkin meminati

0 comments