Tips Pengurusan Masa

Februari 13, 2017


Saya ambil waktu keje WP1 iaitu kol 7.30pagi balik kol 4.30petang..takde nya nak balik betul-betul 4.30petang wehh..Saya tunggu suami ambik saya.Kalau awal tu memang bernasib baik la..Kalau tak bernasib baik, kirim salam la..hahaha..Boleh je berdikari dengan balik naik bas tetapi dah suami suruh tunggu dia, saya tunggu la sampai dia abis kerja kecuali lah kalau mesyuarat dia bermula pukul 4.00 petang, saya akan balik sendiri. Ini adalah kerana belum tentu dapat balik pikul 5 atau pukul 6 kalau dah  mesyuarat start pukul 4.00 petang. Saya ambil wp1 sebab bila ada emergency contohnya anak-anak demam ke, saya boleh balik awal. Masuk awal sebab lepas hantar anak ke sekolah, 7.15pagi dah sampai opis dah. Alang-alang dah masuk awal, saya pun ambil lah waktu kerja WP1.

Saya akan curi masa untuk tengok hp..hehehe..kekadang awal pagi masuk opis buat blog jap ke, update fb dan ig bagai..pastu tengahari sambung balik kalau mengizinkan.. Saya takde la bizi sangat mgalahkan pegawai sebab saya kuli je..hehehe.Kekadang tu memang kena tegur la asyik pegang hp je.keje pun tak siap.tidak kira la kerja opis ataupun kerja di rumah..

Pengurusan masa yang bijak amatlah penting bagi seseorang yang melakukan 2,3 jenis pekerjaan. Ini adalah kerana masa itu emas. Kekadang masa kita tidak sama dengan customer kita. Contohnya jam 8 malam kita tengah melayan anak-anak bermain ataupun buat kerja rumah, tetiba ada customer nak beli barang dari kita, saya terpaksa habiskan masa saya dengan anak-anak dulu. Selepas telah selesai barulah saya boleh tumpukan perhatian kepada customer. Rezeki tak salah alamat kan kalau dah rezeki kita. Saya akan cuba sedaya upaya akan membantu customer.

Ada jugak yg bertanya macamana saya boleh bahagikan masa untuk biz dan kerja hakiki. Saya orang biasa sahaja. Punya masa yang terhad. Pagi bangun pukul 4.30pagi...mcm mak-mak yang lain sediakan keperluan anak-anak. Kekadang saya malas nak iron baju malam, sy akan iron baju pagi sebelum menguruskan benda lain..hahaha..nampak tak kemalasan disitu...Layan customer kita macam kawan kita sendiri. Ada customer ni dia nak maklumat urgent misalnya. Kita perlu susunkan folder kita dengan sebaik mungkin supaya kita tidak membazirkan masa kita mencari dan tidak membazirkan masa customer kita. Mana tau dia tengah membuang ker, tengah tunggu masa nak makan ker, tengah melayan anak-anak ke dan sebagainya. Jadi, dengan tersusunnya dokumen itu boleh menjimatkan masa kita mencari maklumat yang dicari.

Dalam kita membuat kerja hakiki, kita perlu fokus sepenuhnya. Nanti apa pulak rakan sekerja cerita kat kawan-kawan yang lain. Masa untuk membuat sesuatu aktivi perlulah dirancang dengan sebaik mungkin. KIta hanya merancang selebihnya kuasa Dia untuk menentukan. Siapkan kerja kita, barulah kita pegang hp balik.

Kesimpulannya, kita perlu target masa tu sebaik yang mungkin. Kualiti masa bersama keluarga di tempat pertama. Nak cuba bisness santai?? Santai-santai pun bonus masuk??waaaaa.... tiada paksaan dalam shaklee ni. Semua atas usaha kita sendiri dan tidak semestinya orang di atas kita tidak perlu berusaha. Kejayaan tidak akan bergolek tau..WA qisty 0198982982

Darihatimama3e
Qisty

Anda juga mungkin meminati

2 comments