Kemudahan Cuti Kuarantin
Disember 04, 2017Rasanya ramai lagi yang tak tahu pasal kemudahan cuti kuarantin ni. Saya kalau ramai bertanya memang saya sendiri pulak yang jadi keliru..hahaha
Disini saya ringkaskan berkenaan dengan Kemudahan Cuti Kuarantin :
- Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
- tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am
- pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
- Senarai penyakit berjangkit
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
- Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
- Campak (Measles)
- Chickenpox
- Difteria
- Malaria
Boleh klik PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 untuk maklumat lanjut Kemudahan Cuti Kuarantin.
Cetak borang tu dan lengkapkan.
Itu saje. Terima kasih. 😂
Qisty Jack
0 comments