Petua hilangkan jerawat pasir
Februari 22, 2017Gambar dari google |
Banyak sebenarnya petua nak hilangkan jerawat pasir ni. Rajin dengan tidak rajin je nak amalkan..hehehe.. Saya jugak ketegori yang tidak rajin...sebab kadang-kadang sibuk dengan anak-anak, sibuk di dapur, tertido..hihihihi..
Baru-baru ni je rajin sangat jerawat pasir berkunjung ke muka saya ni..tak tau la pasai apa.. hormon kot..hehehe..sekejap ada sekejap tak ade. Tapi saya rasa disebabkan kurang minum air kot. Kawan saya pernah berkata air 3liter pun sebenarnya tidak mencukupi...wowww!!! pengsan saya dengar,,,hahaha...Nasib baik la saya ni jenis kuat minum air sebab tak tahan dengan penghawa dingin di opis.
Petua yang saya amalkan:
Bawang putih.
Bawang putih ni kita sapu di tempat jerawat pasir. Biarkan selama beberapa minit kemudian basuh. Memang agak pedih sedikit..hahaha..tapi hasilnya bawang putih ni boleh mematikan jerawat pasir tersebut.
Lemon
Sama seperti penggunaan bawang putih tadi. Sapu ditempat jerawat tadi.
Masker putih telur
Dulu zaman sekolah saya rajin amalkan putih telur ni. Kerana saya rasakan muka saya buruk...hahaha..padahal takde pape pun. Waktu Form 6 saya rajin amalkan sbb saya mengulangkaji samapi lewat malam. Sambil mengulang kaji sambil tu bermasker..2in 1. Sebenarnya saya terpengaruh dengan makcik-makcik saya.
Masker Vitamin C Shaklee
Ini best. sebab saya rasa macam lebih kurang menggunakan bawang putih. Memang ada pedih sedikit tetapi lama-lama akan rasa ok. Lepas cuci rasa macam licin gitu. hahaha..Tapi serius, bangun pagi terasa macam fresh je muka.
Ini pengalaman saya mengamalkan petua-petua ini. Antara rajin dengan tidak je nak amalkan. Lagi-lagi muka saya ni jenis muka berminyak. Memang senang la jerawat nak datang dan pergi. Kalau korang ada petua lain bole komen di kotak bawah ni. Terima kasih.
Darihatimama3eqist
0 comments