Kerja dan bisnes

Februari 28, 2017

Awal tahun biasanya saya memang agak sibuk sedikit. Saya buat kerja unit perkhidmatan. Saya la yang menguruskan perkhidmatan pegawai dan kakitangan kat opis saya..hehehe.. Dah 8 tahun jugak la. Lepas ni kalau kena tukar ke bahagian lain saya redha dah. Dulu memang takut jugak la sebab saya ada anak kecil dan susah nak pulak lewat. Sekarang 3E saya pun dah besar dan boleh dah nak diharap buat itu ini. Dulu pernah nak berhenti kerja kerana ketiadaaan pengasuh untuk menjaga anak-anak tapi syukurlah makcik kami sudi membantu kami untuk menjaga anak-anak kami. Bukan kami tidak percaya pada orang luar tetapi kami mengambil inisiatif untuk mengambil langkah untuk berjaga. 

Awal tahun memang penat..penat otak memikir..hahaha..tp saya sudah siap dengan perancangan supaya perjalanan kerja saya berjalan dengan lancar. Tapi bila datang blurr tu memang tak boleh nak buat kerja dah...hahaha..Tapi kerja tetap kena buat. Saya berkejar dengan due sesuatu tugasan yang diberi. Memang agak mencabar jugak la..tetapi saya perlu siapkan jugak. Dah tanggungjawab kan..walaupun kadang-kadang tu bukan kerja saya...hahaha...lagi lah penat kepala saya memikir macamana nak setelkan..huhuhuhu.. saya sebagai kuli redha je la..

Soho

Saya buat bisnes jugak untuk sampingan. Nak penuhkan tabung ayam anak-anak..hehehe.. Saya buat ni pun suka-suki.. Buat bisnes ni seronok tau. sebab saya dapat  ramai kawan-kawan yang sporting. Dah la sporting, dapat ilmu berbakul-bakul lagi. Memang di akui saya dulu tidak berapa berminat untuk berbisnes sebab saya tak suka nak bergaul dengan orang depan-depan. Malu dan segan bertapa dan saya kurang arif untuk bersosial..hehehe.. Sebab tu la saya ramai kawan-kawan online..hahaha... Sekarang dah diperbaiki sedikit demi sedikit untuk berdepan dengan orang ramai. Ntah la saya ni..dari kecik sampai ke besar memang suka diam je. Sampai kawan 1 opis pun tau saya jarang bercakap dengan orang..kuikuikui.. peratusan malu tu tinggi sangat berbanding dengan ramah...

Bisnes ni jugak dapat mengisi masa lapang...ermmm...macam banyak sangat la pulak masa lapang saya..hahaha..Saya macam ibu-ibu yang lain jugak. Masa selalu cemburu dengan kita kan ibu-ibu sekalian..hihihi..Tapi saya selitkan jugak masa untuk berbisnes. Niat saya selagi saya boleh bantu orang selagi tu saya akan berbisnes. Seronok tau dapat bantu orang ni. Bukan la selama ni saya tak pernah bantu orang..maksud saya dari segi kesihatan ni ha..hihihi.. tanya je pakcik google pasal suplimen shaklee. Mula-mula saya amalkan sebab nak cari ikhtiar untuk tambahkan susu dan sampai sekarang saya masih amalkan suplimen shaklee. Syukur la saya diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ni. Bukan makan suplimen semata-mata tetapi perlu seiring dengan cara pemakanan yang sihat dan senaman untuk menyeimbangkan yang kita amalkan. Saya ni lama jugak la mengkaji suplimen shaklee ni sebab lambakan suplimen di luar sana membuat saya keliru untuk memilih suplimen yang bai. Dan saya telah pun menemuinya dan telah mendapat effect yang baik dari suplimen shaklee. Bukan sebab saya menjual semata-mata tetapi saya telah mengamalkannya dan bila rasa kesan yang baik saya pun berkongsi dengan korang semua. Memang mahal tetapi kandungan nya memang terbaekkk... Kajian yang mengambil masa yang lama untuk menghasilkan suplimen yang terbaekkk.

Akhir kata dari saya, jaga lah kesihatan. Jangan tua sebelum umur kita tau..kita masih ada banyak benda yang perlu di uruskan..betulkan. 

Darihatimama3eqist



Anda juga mungkin meminati

0 comments