Hala Tuju Selepas SPM

Mac 18, 2017


Amacam result SPM??Cemerlang?Lulus?Gagal? sekarang ramai yang bijak kan dan pandai menguruskan masa masing-masing. Tak kurang juga masih ada yang terkapai-kapai. Kuncinya adalah DIRI SENDIRI. Kalau diri sendiri nak usaha, nescaya usaha itu mendatangkan hasil yang lumayan dan mampu mmberi senyuman kepada ibubapa kita.

Saya menduduki SPM pada tahun 1999..hihihi...PMR saya memang drop habis sebab banyak main..hahaha..biasa la zaman remaja gitu. Masuk form 4 barulah saya mula belajar betul-betul walaupun ada yang kata form 4 tu tahun honeymoon bagai..huhuhu..takde maknanya..hahaha.. Saya jadi bersungguh-sungguh belajar sebab pertamanya, saya sendiri kecewa dengan keputusan PMR saya sendiri. Keduanya, cikgu yang mengajar memang best tapi untuk subjek tertentu jer. Tak kurang ada cikgu yang pilih kasih..hahaha..semua kawan-kawan dalam kelas tau dia pilih kasih.asyik orang tu je dia rajin nak explain bagai. Kalau kitaorang ni memang tak la...Tapi kitaorang tak kisah pun. Malas nak layan.Yang bestnya bila dok sekelas dengan kawan-kawan yang sama giler..hahaha...Semua layannnn....rindu zaman tu..


Subjek yang palaing saya suka Bahasa Malaysia dan Sejarah. Sebab cikgu comel dan cikgu garang.hahaha.. Saya memang minat Bahasa Malaysia sebab tu saya akan tumpu sepenuh perhatian saya dalam kelas dalam subjek ni..terutamanya dalam penulisan. Saya suka membaca dan suka memilih penulisan berdasarkan fakta. Senang sikit kot berbanding dengan khyalan dan pembandingan gitu.Pendapat saya je time tu. Subjek Sejarah pulak sebab cikgu tu guna peta minda untuk membuat nota sejarah yang memang giler nak hafal. Masa tu la banyak idea keluar untuk membuat peta minda. Sayan suka membaca fakta yang padat yang penuh dengan warna warni. Segar sikit mata time mengulangkaji. Memang menjadi dan memang saya dapat ikuti setiap fakta yang ada. Sejarah kan fakta..kihkihkih..Tapi still tak dapat mengalahkan suami saya yang memang terer subjek Sejarah. Siapa-siapa nak berguru dengan dia memang di alu-alukan..hahaha...oppsss...matik la kalau dia baca..hahahaha....
Zaman saya masih guna pangkat dan agregat. Tapi malangnya target saya tak tercapai..hihihi..target saya dapat pangkat 1 agregat 12 gitu...tppppppp saya just dapat pangkat 1 agregat 24..hahaha...di penghujung agregat pangkat 1..huhuhu..terima je la...memang ada niat nak buat semakan semula tapi malas nak berbuat demikian...Saya tau kemampuan saya..tu la main-main time belajar.padan muka diri sendiri.
Jadual belajar saya sama macam pelajar lain..malam berjaga..tp kalau tertidor awal saya akan berjaga pagi. Saya teringat kopi yang nenek bancuh khas untuk saya kalau saya berjaga malam..huhuhu..rindu kopi itu. Sekarang nenek saya dah tak kenal saya dah sebab faktor usia...rindu sama dia. Saya ada jadual belajar saya. Saya pun ada study group. Saya ada bff untuk hilangkan stress. Melepak di hujung jambatan rumah.tak pun merayau 1 kampung naik basikal ataupun motosikal. Buat kerja giler..hehehe. Ibubapa saya memang membebel je kat saya. Anak sulung kan, tadah je telinga...
Tulis pengalaman ni rindu pulak diorang kat kampung. BFF saya zaman sekolah kerja kat KL pun jarang berjumpa. Saya kat Putrajaya dan saya pun jarang nak keluar kemana-mana sorang-sorang sebab saya ada BFF a.k.a suami saya.hahaha..
Oklah tu je lah saya nak tulis..ada banya lagi sebenarnya. KIta sambung next entri pulak.

Darimama3eqist.

Anda juga mungkin meminati

0 comments