Bahaya Gout

Februari 01, 2017

BAHAYA GOUT

Dalam keluarga saya ada yang mengalami sakit gout ni. Terutamanya nenek belah mak saya dan pakcik belah mak saya. Balik kg hari tu mak saya pun ada tanda-tanda nak ke gout.Kaki dia dah kembang. Saya pun risau jugak. Gout ni kalau menyerang, nak pergi tandas pun mengensot tau.Tu sejarah nenek saya. Kesian memang sekian. Sebab tu lah cara pemakanan perlu di ubah. Nak makan yang tak boleh dimakan tu pun berpada pada.

Serba sedikit info berkenaan dengan Gout.

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. 
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia dan darah tinggi.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Haa.. tu serba ringkas berkenaan dengan Gout. Jadi, kita haruslah menjaga pemakanan kita. Zaman sekarang banyak penyakit berpunca daripada cara pemakanan kita. 



Anda juga mungkin meminati

5 comments

  1. sedih tgk fil kena serangan gout baru ni, dia cakap kaki macam kena elektrik, kena selimut pun sakit

    BalasPadam
  2. Gout kalau dah terkena memang payah. Kena jaga makan selalu

    BalasPadam
  3. Takut la tengok. Tok saya pernah alami. Kesian tau. Sebab tu pemakanan kena jaga betul-betul

    BalasPadam
  4. bahaya gak gout ni yer.. sebab arthritis ni sakitnya payah nak beritahu..

    BalasPadam
  5. a-- bahaya nya !!! tapi orang Malaysia tak jaga pemakanan.. cemana ??????????? nih semua berpunca dari cara pemakanan nih.. sebba tu saya panggil gout penyakit orang kaya..

    BalasPadam