Rasanya ramai lagi yang tak tahu pasal kemudahan cuti kuarantin ni. Saya kalau ramai bertanya memang saya sendiri pulak yang jadi keliru..hahaha
Disini saya ringkaskan berkenaan dengan Kemudahan Cuti Kuarantin :
- Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
- tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am
- pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
- Senarai penyakit berjangkit
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
- Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
- Campak (Measles)
- Chickenpox
- Difteria
- Malaria
Boleh klik PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 untuk maklumat lanjut Kemudahan Cuti Kuarantin.
Cetak borang tu dan lengkapkan.
Itu saje. Terima kasih. 😂
Qisty Jack