Hai korang,
Lama tak bersiaran..dah bersawang blog ni.. hahaha.. Tuan tanah tgh buzy body..hahaha.
Hari ni ada Seminar Kesedaran Kanser di Auditorium Kompleks E anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. So, saya pergi la intai-intai apa yang ada di situ. Sampai situ 1 je booth dh buka iaitu pemeriksaan payudara. Saya pun pergi la sementara tak ramai orang kan. Nasib baik jugak pergi awal, sebab selepas je saya keluar ramai dah orang menunggu.
Hasil dari pemeriksaan tersebut, didapati payudara sebelah kiri ada ketulan keras sedikit berbanding sebelah kanan. Sebelah kanan lembut je. Memang dah lama dah niat nak buat pemeriksaan tetapi saya suka bertangguh..hehehe..Maybe lain kali saya buat pemeriksaan mamogram pulak. Takut jugak tadi bila dia kata lain je rasa..huhu..Saya tak pandai nak cek sendiri tetapi tadi misi tu dah bagitau bagaimana cara buat pemeriksaan sendiri.Pernah baca kat website tapi tak pernah nak praktikkan sendiri di rumah..hehehe..
Saya akui pemeriksaan awal adalah perlu untuk persiapan masa hadapan. Kalau dah terlambat memang dan tak boleh nak undur dah masa. Masa semakin ke depan bukan kebelakang. Kalau kita amalkan suplimen pun kalau makanan tak sihat diamalkan selalu tak menjadi jugak suplimen tu.. Kontrol cara makan. Kita manusia biasa kadang-kadang badan perlukan rehat dan kita tak tau apa yang terjadi dalam badan kita. Betul tak?
Rasa insaf sekejap..nanti buat lagi jugak..hahaha..macam tu la manusia kan..
Tu saja cerita hari ni..hihihi...saya nak buat pengubahsuaian blog tak terbuat lagi..masih ada kekurangan lagi sebab saya budak baru belajar..hihi..
Terima kasih sebab membaca.
~Qisty~